Friday, October 31, 2008

lif ooooooo lif..

Aku pasti semua orang pun sudah maklum tentang masalah lif disebuah rumah pangsa yang selalu masuk tv3 tu kan. Aku pun bukan mo kisahkan cerita itu tapi kisah lain tapi ada kaitan dengan lif juga. Kisahnya ada tiga orang pemuda baru balik dari kampung beraya. Sekali sampai dirumah pangsa, lif rosak pula... baru rumah dorang ni yang paling atas. Jadi dorang pun mulailah naik tangga, sampai tingkat lapan pening-pening sudah kepala masing-masing. Jadi lelaki pertama tu suggest ma kawannya yang dua orang lagi tu supaya dorang bercerita supaya tidak terasa sangat penat mendaki ribuan anak tangga. Fuiyo banyaknya macam naik tangga batu caves pula.. hehehe.

Jadi bercerita la si lelaki kedua ni, ceritanya lucu. Berabislah dorang ni ketawa sampai keluar air mata dan sakit-sakit perut. Sedar-sedar sampai sudah tingkat 15. Bah, bilang si lelaki ketiga. Turn dia pula cerita. Dia cerita punyalah sedih sampai menangis-nangis dorang ni naik tangga, habis baju basah bukan oleh peluh tapi air mata. Sedar-sedar jak sudah sampai tingkat 24.

"Sedih betul cerita ko ni" bilang si lelaki pertama ma si lelaki ketiga. 'Tapi cerita aku ni lebih sedih dari yang sedih, lebih lucu dari yang lucu" lang si lelaki pertama.
"Pa juga cerita mu ni? cepatlah!" curious sudah kawan-kawannya.
"Bah.. tapi sebelum tu aku mo kasitau ini adalah kisah benar yang betul-betul terjadi sama tiga orang pemuda sebaya kita yang tinggal di pangsapuri ni juga" cerita si lelaki pertama dengan serious.
"Apa?!" bilang dua kawannya, saspen.
"Sebenarnya kunci rumah kita tetinggal dalam kereta....uwaaaaaaaa!!" meraung si lelaki pertama menangis diikuti oleh kawan-kawannya.

Thursday, October 30, 2008

oh cinta dunia virtual..

Hmm... Kalau tidak silap dua hari yang lalu sa terbaca news seorang perempuan di Saporo Jepun ditangkap polis kerana membunuh 'suami' onlinenya. Perempuan ni main game Maple Story. Dia orang ni kalau dalam dunia virtual Maple Story adalah 'suami isteri' konon, sekali tiba-tiba dia kena 'cerai' dalam game.. Mengamuk la dia, dia pi log in account 'suami' online dia (mesti kes cinta online sanggup kasi password.. aku selalu jumpa orang cam gini), lepas tu dia guna tu character 'suami' dia dan pi killing streak.. sengaja supaya orang mengamuk dan attack tu character 'suami' dia. Jadi 'ex-suami' dia ni sekali online tekejut sebab mati sudah character dia.. Terus dia saspek 'ex-wife' dia pi log in account dia dan aniaya character dia. Dia pi repot polis, tu perempuan sudah ditangkap sebab melanggar akta pergaulan internet. Haaa kamurang jangan nda tau aaa online pun ada banyak rules bukan realiti jak. Aku ni heran la kalau pasal tu pun dia mo report polis aku rasa nda logik, jangan-jangan tu 'ex-wife' dia pi jual semua dia punya valuable items dia pastu beli ini itu pakai online credit sampai habis point money dia kekekeke...







Ini gambar-gambar aku masa main RO hehehe..



Dulu masa aku masih lagi main RO (Ragnarok Online) pun aku pernah jumpa orang camni, dibuai perasaan cinta virtual sampai bercampur dengan realiti. Pada satu malam ketika aku berjalan-jalan di kota Prontera (kota dalam game jak), ada ramai orang berdudukan di town center, bergossip, ada yang berjualan ada juga yang sibuk bercinta. Tiba-tiba ada orang message aku cari gepren dia. Aku cakap jak la aku tidak pernah nampak pun gepren dia tu, macamlah aku kenal semua orang walaupun aku sangat peymes di server tu hihihih... Aku ingat dia nda la kacau aku sekali tu dia offer diri pula mo tank aku training (tanking - dia jadi umpan biar monster hit dia, aku pula bunuh monster). Aku pikir bagus juga jadi kami pun pi la sana hutan Payon. Sambil training dia pun cerita sama aku dia tu betul-betul cinta sama gepren dia. Mula-mula aku layan nda layan jak cita dia tu. Biasa la tu ada orang feeling berabis mo curhat, aku rasa dorang ni telampau feeling padahal yang cute tu character yang dorang main jak, orang yang betul2 tu belum tau lagi. Aku pun menyahut jugalah setiap penghujung ayat dia, konon2 aku interested mendingar padahal aku interested mo tau berapa level aku buli naik itu malam kakaka.. Tapi lama-lama boring aku membaca luahan cinta dia tu yang aku rasa nda realistik. Aku pi tanya dia, dia pernah nampak ka rupa tu cewek in real life? Dia bilang cinta dia orisinal bukan bersandarkan rupa tapi personaliti. Adeii.. Aku tanya la apa ciri-ciri yang buat dia jatuh cinta sama tu cewek? Dia pun cerita la camana dia berkenalan sampai la apa tu cewek buat untuk dia (online la..) macam buatkan weapon, belikan potion la.. macam-macam la. Aku sepanjang masa berchatting sambil training tu memang la ketawa saturang membaca luahan hatinya... Aku tanya lagi dia, apa macam kalau tu cewek gemuk? banyak jerawat? besar lubang idung? bidak? ataupun sebenarnya lelaki??!!! (biasalah tu aku pun ada juga character lelaki dalam game, hensem lagi tu... bergaya.. high wizard eseh...) Tidak dia bilang, dia yakin tu cewek dia real life perempuan. Sejak itu malam dia selalu cari aku asal aku online, bukan apa-apa sementara tunggu gepren dia online dia mo curhat sama aku (boring betul tapi sebab dia kasi aku hadiah barang-barang weapon yang bagus-bagus aku pun layan jak lagipun dia offer diri jadi bapa angkat aku dalam game.. kekekeke). Satu kali dia kestau aku bahawa in real life dia tu sudah kawin.. Nda juga aku heran pasal pernah lagi aku jumpa anak-beranak main game sama-sama. Lepas tu dia bilang lagi, dia mo pi cari tu cewek dia in real life sana di Kuching. Dia tidak CHINTA sudah sama wife dia. Tekezut aku, ni barulah..

Walaupun sudah lama aku meninggalkan dunia RO (belum tobat masih lagi main game lain kekekeke... tapi aku main solo seja pasal malas mo chat hehehe..) Aisehmen macam lama sudah aku nda pi leveling di DOMO, kesian aku punya shaman. Ai melalut lagi, anyway kali terakhir aku chat ma dia dia bilang dia mo bebaik sudah ma wife dia. Dia terpaksa tinggalkan gepren dia walaupun hatinya luka... anduu. Sekarang asal jak dia main online game wife dia pun mesti ikut, takut dia becinta di internet lagi kakakaka...

Ada lagi saturang mamat aku jumpa. Ada perempuan syok sama ni lelaki ni. Jadi dorang pun bercinta online sampai mo bejumpa. Anyway sampai satu saat dorang ni ready-ready sudah mo berjumpa real life, sekali tu cewek kasi tinguk gambar dia terus si boy ni tarik diri. Aku tanya lah tu boy kenapa? Dia bilang "aiya dia tu tidak cantik la hidung dia besar..." hahahaha.. aiya kan aku sudah cakap cinta online tidak realistik ma.. namanya pun virtual world hahahah..

Bah, sekian sudah aku merepek. Aku mo kena kasi siap artwork dulu nanti aku kena tabak bisuk kalau nda submit juga hahaha.. ciao~!

Wednesday, October 29, 2008

i fell in love with the dj bilang si Che'Nelle



sabahan bah ni.. sino + indian dutch katoh..
bakat dia dijumpa oleh virgin records (tampat lenny kravitz manyanyi ooo) melalui myspace dia. masa umur sepluh tahun dia pinda pi australia sudah.. sa pun tidak kenal dia jadi tidak tau pa cerita kamu follow la sendiri kalau minat hahaha..

tengok official website
tengok myspace



Che'Nelle masih buli cakap Sabah bah..

7 orang penumpang star cruise menyamar jadi raja masak..



Ini video lama tajuknya God of Cookery, salah satu koleksi sa.. Kisahnya pasal 7 orang penumpang kapal star cruise yang belayar pigi Jepun menyamar menjadi 7 orang raja masak, yang best dorang tu nda la pandai masak. Yang ada restoran pun sudah tutup restorannya.. Diorang ni mulanya memang dipujuk tapi nda mau, tetapi atas sebab-sebab tertentu dorang ni offer diri pigi dapur jadi tukang masak..

Tengok sambungan sedutan episode 1: part 2 | part 3 | part 4

Cerita ni memang best walaupun video kualitinya ada sikit kureng. Cuba la tengok sedutan drama ni dulu..


Tuesday, October 28, 2008

Sha ku punya BJD idaman..


Inilah Sha.. fuh ensemnya bikin cair tapi ops patung saja lah. Hahaha. Sha patung BJD keluaran Dream of Doll, Korea. Aku memang rekemen patung-patung disini memang cantik hensom bessttt lah.Tak percaya tengok gambar di bawah..



Satu lagi yang saya mo rekemen adalah patung BJD keluaran LUTS. Tengok ni si Giselle yang cantik manis...



Sebenarnya lama sudah sa mo cerita pasal topik ni tapi sa sibuk dengan kerja jadi terus terlupa. Yang saya maksudkan BJD tu ialah Ball Jointed Dolls. Sekarang sa jumpa sudah tu kedai tapi adeh limited pula, mahal dan mesti main order. Jadi nda apalah sa tulis saja lah sebab manatau ada yang berminat pula. Inilah rupa anak-anak patung selepas di hias, di make-up, di kasi cantik-cantik... memang cantik dan hensom!! Patung-patung ni ada nama dan watak cerita masing-masing. Yang di bawah ni nama dia Lazule keluaran Soom dari Korea... pun hebat-hebat jugak!!


Inilah hobby orang muda-muda zaman sekarang, main anak patung. Anak patung ni bukan anak patung biasa tetapi boleh customize ikut citarasa pemilik, dari fesyen rambut, warna mata, make-up, accesories dan pakaian. Permainan anak patung ni diperkenalkan dan dipopularkan dari Korea dan terus jadi kegilaan, manakan nda kamu tingu sendiri la rupa patung-patung ni.. hensem dan cantik babanar. Sa teringat time sa kecil2 bila sa boring sa gunting rambut anak patung sa, terus sa kena marah "ko ingat pandai tumbuh ka rambut tu patung tu?" hahahaha... Gambar di atas tu antara koleksi rambut palsu patung-patung BJD. Tapi sekarang nda payah risau, sebab patung-patung ni bila dibeli asalnya pun botak. Kamu belilah rambut palsu mengikut pesen yang kamurang suka. Sebelum hantar boleh juga minta servis air brush jadi patung ko punya kulit ni nampak real (servis airbrush aku tidak pasti ada di Malaysia ka tidak, tapi kedai yang aku pigi tu penjual pun macam ia nda ia jak lagipun yang dia jual tu bidak betul terus mati minat).




Kamurang juga boleh tukar-tukar mekap dan bulu mata palsu (haiya aku pun tidak pandai pakai mekap ni kalah pula sama patung silakak!!!) supaya tambah cantik. Tapi set make-up dan lain-lain aksesori ni dijual berasingan la. Mahal pula ceh.. Kelebihannya patung ni sebab dia balled jointed jadi patung-patung ni boleh di kasi pose. Biasanya peminat BJD ni akan hias cantik-cantik dan ambil gambar koleksi. Oh lupa pula koleksi perabot untuk BJD ni pun ada dijual jadi buli la main rumah rumah hehehe... Adeh... aku pun tinggal bilik sewa jak ooo silakak!!

Permainan ni macam permainan Tamiya la, cuma Tamiya permainan pasang-pasang robot, kereta, motorsikal.. yang lasak-lasak la, persamaan cuma part customize dan coloring. Yang pasang-pasang robot tu dulu aku pun main la punya lah best...

Antara pembuat patung BJD yang terkenal ialah Bimong. Selain dari buat patung dia ada pusat pengajaran membuat patung Bimong Academy.



Siapa berminat berguru sama Bimong silakan check websitenya. Tapi sikul di Korea la, mahal ooo...

Monday, October 27, 2008

Bernard - penghibur penumpang bas rapid kl


Bernard ni seekor beruang kutub yang sasat ada merayau-rayau di tempat selain kutub hahaha.. Kalau naik bas Rapid KL, boleh tengok tv siaran Asia Media. Banyak2 program yang saya suka tengok ni short animation Bernard. Ada satu kali orang sebelah saya tu bukan lagi senyum tapi ketawa tebahak2 tengok Bernard, masa tu inilah video yang ditayangkan hahaha.. bah tidak payah cerita panjang mari kita tengok Bernard beruang kesayangan sa ni. Sa harap pengeluar Bernard ni buat movie sebab sa suka betul ni beruang sinting satu ekor ni.. hehehe..

Sunday, October 26, 2008

Filem Armagedon jadi kenyataan?

Sekarang ni rumah sa teda air jadi ni yang sa rajin mengadap pc ni menulis blog. Entah berapa kali sudah sa update blog ni entah apa-apalah. Jadi memandangkan sa banyak masa lebih ni sa pun mo tulislah. Sebenarnya masih lagi sa tertunggu-tunggu si Aiso menjawab persoalan saya tentang asteroid, expanding universe dan toeri big bang. Ada sebuah buku keagamaan saya baca yang menyentuh sedikit tentang bagaimana terjadinya universe ini tetapi tidaklah secara detail. Ada juga saintis menulis artikel pasal teori big bang ni. Tapi biasalah kalau sekolah nda tinggi ni baca dua tiga kali pun nda juga pandai paham-paham jadi sa mo juga tunggu si Aiso yang explain. Bukan apa senang lagi sa mo paham apa yang dia cerita tu, mengkali pasal cakap Sabah disamping ringkas dan nda banyak perkiraan yang sa nda paham (nda bah sa ni berapa kalau maths, pernah tu si Aiso cuba ajar sa tapi cangkul juga sa dapat ni huaahaha... bukan nda pandai tapi ndada bakat jak.. eceh bikin alasan bah!).

Baru-baru ni sa terbaca artikel di majalah National Geographic pasal penemuan satu asteroid baa...saarrr..! Hmmm.. dua bulan lalu sudah tu sa beli tapi baru minggu ni sa baca artikel pasal tu asteroid, sa sibuk baca pasal Ancient Iran jak mulanya pasal saya interested kenapa tu kalau sa jalan-jalan bercuti orang Iran sama Arab macam nda together gether, jadi selepas baca artikel tu barulah sa tau sebabnya hehehe.. oh melalut pula berbalik kepada cerita asteroid..

Mengikut artikel yang ditulis oleh Richard Stone ni, pada June 18, 2004 pukul 9 malam waktu Arizona, satu asteroid besar telah ditemui dan berukuran selebar 900 kaki, mengikut perkiraan asteroid ini akan belimpas dua kali dengan bumi iaitu pada 2029 dan selepas itu pada 2036. Aina tekezut sa ni baca pasal dekat jak jarak antara dua tahun tu. Mengikut ramalan saintis pada kali pertama mungkin cuma main limpas-limpas saja tapi pada kali kedua mungkin akan berlanggar sama bumi, teorinya samalah dengan teori si Aiso iaitu tarikan graviti menyebabkan asteroid tu tesasar sikit demi sikit. Kononnya persediaan akan dibuat mo kasi latup macam cerita armageddon (mau ka tu Bruce Willis offer diri kalau yang betul betul punya? hahahaha...). Jadi macamana pun sa tepikir, kalau berjaya di kasi latup tiadakah kesan sampingan? Pecahan2 tu mesti lebih senang di tarik graviti dan menyiram bumi.. Sa agak jak la sa bukan saintis ma. Sa kira-kira aiya.. tu time 2036 tua sudah kita geng, payah sudah mo jalan ni apa lagi mo lari2 atau pindah randah. Harap-harap dia pi tempat lain la jan pi Sabah hehehehe... (uina selfish!) Patutlah artis hollywood tu berebut-rebut mo bili tanah di bulan, konfiden jak buli bikin rumah sana..

Sa pun ada persoalkan pasal matahari pertama yang sudah jadi black hole sekarang ni sebab sa ada terbaca di artikel time masih sikul2. Sama kali artikel yang sa baca sama si Dewi Nuwa nda tau la.. tepikir sa bah, kalau begitu alien tu manusia yang sudah evolution sabab telampau lama tinggal di kapal piring sejak bumi dorang ditalan matahari pertama..hihihihi okeh ni sa merepek sudah ni. Bah, Aiso jawablah peroalan sa ni..

Jungle Wa Itsumo Hale Nochi Guu



How to say ah... memang ini anime melampau betul lucu, memang gila2 out of this world la. Ceh ketara bah aku suka anime budu2an gini. Bukan tidak suka yang serious, depend la anime camana tapi Jungle Guu ni memang best, ada 3 season. Hmm... cuba tgk preview episode pertama kalau suka boleh la follow ini anime ^^

Preview Episode 1 part 1 | part 2 | part 3

enjoy~!

Jangan ucap "Arigatou" untuk terima kasih...

Kenapa? kenapa? musti ramai yang selalu salah guna perkataan 'arigatou'. Orang kasi hadiah diucap 'arigatou'... orang beri bantuan diucap 'arigatou'. Kepada yang belajar melalui tv atau buku bahasa, kadang-kadang tidak ada penjelasan bila masa sesuai menggunakan perkataan 'arigatou' ni jadi selalu tersilap la..

Sebenarnya adalah amat kurang sopan (biadap) kalau mengucapkan 'arigatou' kepada orang yang anda tidak kenal. Perkataan 'arigatou' biasanya diucap oleh orang yang umurnya lebih tua kepada yang lebih muda, pangkat dalam keluarga misalan pakcik kepada anak saudara, atau pembeli kepada penjual (pembeli kan rajaaaaa...), atau bos kepada amah dan lain-lain. Jadi apa mo cakap? 'Domo arigatou gozaimasu' pula terlalu panjang dan bersopan santun. Kalau tidak kena tempat tidak juga ngam, tidak pula sesuai di ucap kepada rakan-rakan sebaya sebab ia adalah ucapan yang formal, unless diucap oleh pekerja kepada boss, atau mo impress mama mentua yang garang cam Siput Sarawak dalam filem 'Ibu Mertuaku'... aaa boleh la guna 'domo arigatou gozaimasu'.

Jadi kamurang, kalau mo mengucap terima kasih kepada rakan-rakan sebaya atau orang yang anda tidak kenal atau tidak rapat bolehlah ucapkan 'domo' sahaja. Maksudnya juga adalah terima kasih. Ia lebih simple, ringkas dan sesuai di dalam banyak situasi. Tapi macamana mo ucap terima kasih kepada ramai orang? Boleh ucap 'domo' tapi intonasi mesti dipanjangkan sikit macam ini "Ah....Do....Mo...." Alah cam stail urang Sabah la ba, kalau dia bilang "sana" tu tidak jugak la jauh sangat tapi kalau dia bilang "saa......naa....." sudah tu maka jauh la tu betul. Macam gitulah main intonasi. Senang cerita 'domo' ni kalau di Sabah maksudnya 'trimas'. Terima kasih yang nda formal, ada paham? Sekian, terima kasih kerana membaca. Domo~! ^^

Saturday, October 25, 2008

Video terlucu ini musim.. Sabahan 300

Walaupun balik-balik sudah sa tingu ni video masih la juga sa terketawa ooo... gila eh orang yang bikin ni. Creative nya. Ada part 1 sama part 2 bah tapi saya tribute part two ooh.. memang best. Original di upload di youtube di sini << klik kalau mo tengok di youtube, jan lupa rate ya..

Tapi kalau rasa malas buli juga tengok sini..




Kerana sa suka betul sa mo tulis dia punya script:

Lelaki A: Bos... oo bos, dorang balik sudah tu. Kena tumbuk tu yang muka macam benggali tu..
Si Boss :Bah, baguslah.. sepa suruh pandai-pandai mo datang. Haus ooh..
Si Bongkok : Boss... alowww... bosss...~ (belagu tiunnya ketara ada tujuan)Haaa... sana bawah ada jual montoku, ko mau? Murah... lagi tu. Eheh.. ehe..
Lelaki A: Manada jual montoku murah.. jangan bulshit.
Si Bongkok : Hh? Ada bah.. ada..tapai pun ada..
Lelaki A: Jan ko buhung sana!
Si Bos : Ehh! Biar dulu.
Si Bongkok : Hmm... Hnmh hnmh..(ketawa yang dari idung)
Si bos : Bah! Jalan..
Lelaki A: Nanti ko, saya putung.. sa cubit ko punya idung.
Si bongkok : Jalanlah ko pulang..
Si Bos : Bah mana? Mana tu montoku?
Si Bongkok : Ada... ko mau?
Si bos : Sa tidak suka orang main main sama saya..
Si Bongkok : Ada bos ada tapi.. amm...aaaa
Si Bos : Hah! Inilah yang sa malas ni.
Si Bongkok : Ada bos, begini.. sa mo minta belanja. Buli? Sikit..dalam satu butul begitu, buli? Sa.. sa janji, sa anuu.. sa bayar ko balik.
Si Bos : Hmph! Ada duit meh? Ni apaini?
Si Bongkok : Heh..Inilah sa punya bikin masak masak. Hmm.. ini sa buli guring ikan, mee, apa saja bos mau sa buli guring. Sukati bos lah... sukati bos.
Si Bos : K, apalagi ko buli guring? Ko pandai guring meh?
Si Bongkok : Buli bah bos buli, apa saja untuk kau yang penting ada montokuuu...!
Si Bos : Hnnnssh... Mngh (macam talan kahak jak ooo)
Si Bongkok : Biasanya kalau macam begini kan, sa putung ikan sa main cucuk!! Trus tebuka kulit, tenaih pun ilang oo..
Si Bos : Ooo yakah?
Si Bongkok : Aaa bukan jak itu bos, amm...kalau ko mo minta anuu.. boboh pun buli.
Si Bos : Boboh? Pun buli?
Si Bongkok : Ia buli..
Si Bos : Cuba... cuba...
Si Bongkok : Aa nah nah.. ko.. nah duduklah di atas.. duduk.. duduk.. duduk.. duduklah!
Si Bos : Macam mana sa mo duduk, ko musti turun bawah sikit lagi baru sa buli naik.
Si Bongkok : Sa turun la ni ko tidak nampak ma?
Si Bos : Aii.. Bah turun lagi bah, mana cukup ko turun macam mana sa mo naik di belakang ko ni? Aiii.. Ko..butul ka tidak ni? Ko mo boboh sama sa ka ko main main? Ko main main seja ni kan?
Si Bongkok : Aaaa...hh..
Si Bos : Biasanya ko begini rendah mo naik begini tinggi pun mo tunduk dalam sikit. Naa sorilah, kalau begini ko punya tabiat tidak dapatlah sa belanja ko..
Si Bongkok : Tapi bos sa mau..
Si Bos : Ai tidak payahlah, lagipun ada orang mo cari sama sa.
Si Bongkok : ngggh... jadi tu montoku? haiya ala telapasla minuman sa..
Si Bos : Hee.. sori. Aaa.. ko. Lain kalilah seja. Sa teda duit ni skarang..Bye~
Si Bongkok : Alamak.. tapai pun telapas montoku pun telapas gara gara ni.. ni periuk mainan.. sa buang la kau...!!

Tang!!!

-The End-

Kalau ada sambungan part 3 mesti best.. hahaha..

Friday, October 24, 2008

Iklan Jepang yang best..



Thursday, October 23, 2008

Sambungan Mop Girl cutscenes..



Mau tinguk lagi sambungan? hehehhe... part 1 tgk sini

Tuesday, October 21, 2008

Iklan lucu.. mari ketawa rilekkan pikiran sebentar!

Ini bukan Asean tapi sa suka la tengok.. tidak la lucu sangat tapi best juga ba...



Iklan dari Thailand yang lucu... dorang ni punya iklan memang best lucu dia, lakunan yang ada feel tu... ihihih..



Monday, October 20, 2008

Mop Girl - tukang mop pigi hari kemarin jadi live saver..



emm.. yang di bawah tu ditulis beberapa hari yang lalu, sudah juga ku edit tu video tapi cuman cutscenes jak bah bukan apa-apa (masih juga malas... kwang3x). Kalau ada sikit rajin cutscene kedua nanti akan ku buat XP hehehe..




Ada satu ini cerita Jepun, dia guna idea dari cerita org putih yang buli balik pigi kemarin asal terjumpa mayat untuk selamatkan nyawa. (Entah apa-apa la bah barang structure ayat, jan kamu anak2 kicil ikut aa nanti fail BM ku tidak mau betanggung jawab). Apakah tajuk dia tu.. Lupa plak. Tapi cerita ni tidak la seserius itu cerita urang putih bah, ini memang la kin ketawa punya. Lagipun yang aku paling suka tu actress dia bah cantik cumil. Hehehe.. na kah melalut lain tampat sudah cerita sa ni.

Anyway tajuk ini drama Mop Girl, bukan juga salah translate mimang la tajuknya tu. Cerita penyiasatan campur komedi (memang ku suka cerita begini). Sebenarnya ku ada satu lagi ba web drama review tapi malas sudah ku mo edit video ni sekarang banyak keraja. Lagipun malas mo taip English. Jadi oleh kerana ku malas pemacam kalau kita tinguk sajalah sedutan drama ini? lama-lama siiiiiiiiikit... Tidak juga penuh la (jan la kamu mengharap ya). Mari kita tengok sedutan drama ini dan ketawa sama-sama..

Sedutan Episode ke - 2 (sila tinuk kalau suka pigi kadai beli. macam teda di speedy tapi kadai video kesayangan ku ada pula tu hehehe.. sbb tu ku sayang tu kadai).

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP