Sunday, October 26, 2008

Filem Armagedon jadi kenyataan?

Sekarang ni rumah sa teda air jadi ni yang sa rajin mengadap pc ni menulis blog. Entah berapa kali sudah sa update blog ni entah apa-apalah. Jadi memandangkan sa banyak masa lebih ni sa pun mo tulislah. Sebenarnya masih lagi sa tertunggu-tunggu si Aiso menjawab persoalan saya tentang asteroid, expanding universe dan toeri big bang. Ada sebuah buku keagamaan saya baca yang menyentuh sedikit tentang bagaimana terjadinya universe ini tetapi tidaklah secara detail. Ada juga saintis menulis artikel pasal teori big bang ni. Tapi biasalah kalau sekolah nda tinggi ni baca dua tiga kali pun nda juga pandai paham-paham jadi sa mo juga tunggu si Aiso yang explain. Bukan apa senang lagi sa mo paham apa yang dia cerita tu, mengkali pasal cakap Sabah disamping ringkas dan nda banyak perkiraan yang sa nda paham (nda bah sa ni berapa kalau maths, pernah tu si Aiso cuba ajar sa tapi cangkul juga sa dapat ni huaahaha... bukan nda pandai tapi ndada bakat jak.. eceh bikin alasan bah!).

Baru-baru ni sa terbaca artikel di majalah National Geographic pasal penemuan satu asteroid baa...saarrr..! Hmmm.. dua bulan lalu sudah tu sa beli tapi baru minggu ni sa baca artikel pasal tu asteroid, sa sibuk baca pasal Ancient Iran jak mulanya pasal saya interested kenapa tu kalau sa jalan-jalan bercuti orang Iran sama Arab macam nda together gether, jadi selepas baca artikel tu barulah sa tau sebabnya hehehe.. oh melalut pula berbalik kepada cerita asteroid..

Mengikut artikel yang ditulis oleh Richard Stone ni, pada June 18, 2004 pukul 9 malam waktu Arizona, satu asteroid besar telah ditemui dan berukuran selebar 900 kaki, mengikut perkiraan asteroid ini akan belimpas dua kali dengan bumi iaitu pada 2029 dan selepas itu pada 2036. Aina tekezut sa ni baca pasal dekat jak jarak antara dua tahun tu. Mengikut ramalan saintis pada kali pertama mungkin cuma main limpas-limpas saja tapi pada kali kedua mungkin akan berlanggar sama bumi, teorinya samalah dengan teori si Aiso iaitu tarikan graviti menyebabkan asteroid tu tesasar sikit demi sikit. Kononnya persediaan akan dibuat mo kasi latup macam cerita armageddon (mau ka tu Bruce Willis offer diri kalau yang betul betul punya? hahahaha...). Jadi macamana pun sa tepikir, kalau berjaya di kasi latup tiadakah kesan sampingan? Pecahan2 tu mesti lebih senang di tarik graviti dan menyiram bumi.. Sa agak jak la sa bukan saintis ma. Sa kira-kira aiya.. tu time 2036 tua sudah kita geng, payah sudah mo jalan ni apa lagi mo lari2 atau pindah randah. Harap-harap dia pi tempat lain la jan pi Sabah hehehehe... (uina selfish!) Patutlah artis hollywood tu berebut-rebut mo bili tanah di bulan, konfiden jak buli bikin rumah sana..

Sa pun ada persoalkan pasal matahari pertama yang sudah jadi black hole sekarang ni sebab sa ada terbaca di artikel time masih sikul2. Sama kali artikel yang sa baca sama si Dewi Nuwa nda tau la.. tepikir sa bah, kalau begitu alien tu manusia yang sudah evolution sabab telampau lama tinggal di kapal piring sejak bumi dorang ditalan matahari pertama..hihihihi okeh ni sa merepek sudah ni. Bah, Aiso jawablah peroalan sa ni..

2 comments:

Aiso said...

Sebenarnya setiap saat bumi ini menerima objek asing masuk ke ruang atmosfera cuma sain objek2 ini nda la besar sangat. Jadi terbakar la objek2 ini kerana bergeser dengan atmosfera. Dan yang nda habis terbakar pun banyak yang jatuh ke laut. Nda apa ba, kita tunggu yang saiz besar tu pula kekekeke....

Mu Rong said...

oh begitula jadi nda perlu la takut cebisan kecil kalau berjaya dikasi latup yang basar kan? hehehe.. fuh selamat aku..

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP