Saturday, December 13, 2008

Melati untuk Marvel atau Aditya? pilih pilih... yang hensom ka yang lucu?


Ni aku lukis memang sudah lama tapi sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan aku sekarang hihihihihi.. bukan aku abandon aku punya blogsssssss tapi teda masa mo cerita pasal drama atau apa2 pun, tepaksa simpan dalam ati dulu.. Apa pun ni kali aku mo promo satu drama yang aku tertingu semasa aku mengembara di Indonesia. Drama ni tajuknya Melati untuk Marvel, certain penonton komplen drama ni meniru satu drama Korea. Aku pun tidak tau sebab aku drama korea ni nda berapa tingu. Sinetron (drama tiwi Indonesia) pun aku nda berapa tapi drama ni agak kelakar la, yang bikin kelakar tu si Marvel la... ngok ngok punya orang. Sorilah aku malas mo edit aku decode jak apa yang ada dan upload sini. Ada banyak juga scene kelakar... ini scene lanjutan dari episode pertama di mana si Marvel jumpa si Melati pertama kali. Kisahnya si Marvel anak seorang ibu tunggal bekerja sebagai pemandu teksi berjumpa dengan Melati seorang Marketing Manager. Si Melati ni ingat si Marvel tukang jaga parking jadi dia pi suruh tulak keta orang sebab keta di kena blok. Si Marvel ni bengang sebab kena sangka penjaga parking jadi dia pi tendang keta si Melati terus tercabut side mirror. Tu lah ada scene yang dia pi bengkel ni. Hahahaaa... worait. Tinuklah cutscene..



Tuesday, November 11, 2008

Bloody Monday



Satu berita tergempar bila sebuah kawasan di Russia, Vladivostok tepaksa ditutup oleh pihak tentera dari berhubung dengan dunia luar. Penduduknya mati serta-merta akibat serangan virus penyakit. Dipercayai virus ini pada mulanya dibangunkan oleh Soviet Union sebagai senjata chemical, tetapi oleh kerana tindak balas virus yang boleh membunuh serta merta dan merebak dengan mudah menyebabkan projek ini dihentikan. Virus ini dipercaya boleh membunuh jutaan manusia dalam masa yang sangat singkat. Virus ini digelar Bloody-X.

Sekumpulan pengganas sedang merancang untuk menyerang Jepun menggunakan virus ini. Takagi Fujimaru seorang remaja belasan tahun yang biasa. Selepas bapanya menghilangkan diri dan dituduh bersubahat dengan pengganas, Takagi berusaha membanteras rancangan pengganas dengan menggunakan kebolehannya sebagai hacker yang dikenali dengan nama Falcon. Satu-satunya klu yang diberikan oleh bapanya ialah... BLOODY MONDAY

Apa macam? Sa sudah tinguk ni drama memang best, tapi belum habis lagi la sebab sekarang pun masih main di tiwi jipun. Ceta ni dijangka tamat bulan disember la nda lama lagi. Ceta drama ni asalnya adalah novel graphic (manga) hasil karya Ryuuman Ryou dan lukisan Megumi Kouji dengan tajuk yang sama. Kalau kamu suka ceta thriller and mystery sa rekemen ceta ni... nda rugi tengok. Smat ooo... ada fight sama Death Note. Ini official website Bloody Monday ni. Orait over and out enjoy...

Thursday, November 6, 2008

Detektif 33 Minit



Orait, time untuk tingu drama pula. Drama yang sa mo introduce kali ni ialah 33pun Tantei. Pelakun utama ceta ni Tsuyoshi Domoto (penyanyi Kinki Kids. 2 beradik tu kalau tidak silap penyanyi kumpulan ni.. sudah lupa sebab kumpulan lama. Kalau kamu suka dengan lagu dragon ball dia la tu yang nyanyi.. lagu drama ni pun dia nyanyi). Kalau dalam drama Jikembo Kindaichi Files, dia bawa watak budak nakal tapi IQ tinggi dan selalu selesaikan kes yang rumit. Tapi dalam ceta ni dia bawa watak seorang detektif yang selalu salah dalam deduction dia, dan menuduh orang dengan tekaan yang nda logik langsung. Ceta ni ceta komedi, kalau bagi sesetengah orang (dan kawan saya yang sangat serious orangnya sampai buat lawak pun dia nda paham), ini ceta buduh atau bikin buduh. Apa pun sa suka juga tingu untuk behibur dan release tension, kalau telampau serious pun nda bagus tau bikin sakit. Cuma jangan la telebih2 ketawa sepanjang masa nanti orang kata gila hehehe... Apa-apa pun silalah menikmati sedutan drama ini dan enjoy... jan lupa ketawa untuk kesihatan ^^

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP