Tuesday, November 11, 2008

Bloody Monday



Satu berita tergempar bila sebuah kawasan di Russia, Vladivostok tepaksa ditutup oleh pihak tentera dari berhubung dengan dunia luar. Penduduknya mati serta-merta akibat serangan virus penyakit. Dipercayai virus ini pada mulanya dibangunkan oleh Soviet Union sebagai senjata chemical, tetapi oleh kerana tindak balas virus yang boleh membunuh serta merta dan merebak dengan mudah menyebabkan projek ini dihentikan. Virus ini dipercaya boleh membunuh jutaan manusia dalam masa yang sangat singkat. Virus ini digelar Bloody-X.

Sekumpulan pengganas sedang merancang untuk menyerang Jepun menggunakan virus ini. Takagi Fujimaru seorang remaja belasan tahun yang biasa. Selepas bapanya menghilangkan diri dan dituduh bersubahat dengan pengganas, Takagi berusaha membanteras rancangan pengganas dengan menggunakan kebolehannya sebagai hacker yang dikenali dengan nama Falcon. Satu-satunya klu yang diberikan oleh bapanya ialah... BLOODY MONDAY

Apa macam? Sa sudah tinguk ni drama memang best, tapi belum habis lagi la sebab sekarang pun masih main di tiwi jipun. Ceta ni dijangka tamat bulan disember la nda lama lagi. Ceta drama ni asalnya adalah novel graphic (manga) hasil karya Ryuuman Ryou dan lukisan Megumi Kouji dengan tajuk yang sama. Kalau kamu suka ceta thriller and mystery sa rekemen ceta ni... nda rugi tengok. Smat ooo... ada fight sama Death Note. Ini official website Bloody Monday ni. Orait over and out enjoy...

Thursday, November 6, 2008

Detektif 33 Minit



Orait, time untuk tingu drama pula. Drama yang sa mo introduce kali ni ialah 33pun Tantei. Pelakun utama ceta ni Tsuyoshi Domoto (penyanyi Kinki Kids. 2 beradik tu kalau tidak silap penyanyi kumpulan ni.. sudah lupa sebab kumpulan lama. Kalau kamu suka dengan lagu dragon ball dia la tu yang nyanyi.. lagu drama ni pun dia nyanyi). Kalau dalam drama Jikembo Kindaichi Files, dia bawa watak budak nakal tapi IQ tinggi dan selalu selesaikan kes yang rumit. Tapi dalam ceta ni dia bawa watak seorang detektif yang selalu salah dalam deduction dia, dan menuduh orang dengan tekaan yang nda logik langsung. Ceta ni ceta komedi, kalau bagi sesetengah orang (dan kawan saya yang sangat serious orangnya sampai buat lawak pun dia nda paham), ini ceta buduh atau bikin buduh. Apa pun sa suka juga tingu untuk behibur dan release tension, kalau telampau serious pun nda bagus tau bikin sakit. Cuma jangan la telebih2 ketawa sepanjang masa nanti orang kata gila hehehe... Apa-apa pun silalah menikmati sedutan drama ini dan enjoy... jan lupa ketawa untuk kesihatan ^^

Wednesday, November 5, 2008

tikus, mammoth dan t-rex!!!


Saya tidak tau kamu ada terbaca ka tidak, tapi sekumpulan saintis di Jepun mo cuba menjadikan movie Jurassic Park jadi kenyataan. Saintis ni diketuai oleh Teruhiko Wakayama, sekarang dorang baru berjaya menghasilkan (mengklon) tikus dari pada sel tikus yang sudah mati. The next step dorang mo kasi hidup mammoth pula. Sekarang dorang sedang dalam proses mengambil sel-sel mammoth dengan harapan mo buat ternakan mammoth hahahah (exaggerate sikit la.. tedalah sampai bikin ladang). Anyway, kalau dorang berjaya dengan mewujudkan semula mammoth, dorang mo kasi idup semua binantang prasejarah.. dinasaur la. Buat masa ini sa tidak paham apalah point semua ni, dan tebayang pula kalau di masa depan ada Jurassic Zoo. Kalau sekarang harimau telapas pun sudah kira MARBAHAYA, kalau T-Rex sa tidak tau la.... palis palis..

mari main masak masak...



Sambungan kepada game pertama iaitu Go Go Gourment. Kalau yang pertama kita cuma main masak-masak dari satu restoran ke satu restoran yang lain sampailah berjaya buka restoran sendiri, Chef of the Year pula adalah pertandingan masak. Permainan secara basic masih lagi sama, permainan mencari barang, speed dan follow instruction (menu). Cuma kali ini ditambah dengan pertandingan markah. Jadi lagi banyak resepi dapat kita kasi siap dan lagi cepat kita siapkan masakan lagi tinggi point kita dapat.



Kedudukan markah dapat ditingu seperti gambar di atas tu. Icon character kita akan bertukar kedudukan mengikut markah yang kita dapat. Selain tu lokasi tempat permainan dan menu juga akan berubah-buah. Dalam gambar ni lokasi ialah di China jadi masak masakan cina la.



Setiap kali kita habiskan satu episode dan dapat tempat pertama kita akan unlock menu special yang boleh kita print. Best juga game ni, sambil main sambil belajar masak. Ada tujuh resepi yang boleh kita print, resepi masakan cina, italian, russia dan lain-lain.



Setiap kali menang kita akan dapat hadiah macam souvernir, piala, dan baju apron yang special. Ada tiga jenis, iaitu baju apron biasa, baju apron untuk tambah speed dan baju apron untuk dapat bonus point. Kalau sudah tamatkan semua peringkat boleh menang baju apron Chef of The Year. Tiada apa-apa kegunaan tapi untuk eksen saja tanda sudah menang..



Pada episode terakhir kita akan belawan speed memasak, mesti siapkan menu lebih cepat dari pihak lawan baru boleh menang. Jadi saya gunakan baju apron istimewa untuk tambah speed dalam peringkat ni. hehehe...



Sudah menang tiada apa sudah mo buat, buli la print segala resepi tu kalau mau.. THE END! Oh ya, saya biasanya download game dari reflexive sebab saya buli main game free. Kalau mau tau caranya... nanti lah sa ajar kalau rajin. Kwa3x.

Tuesday, November 4, 2008

Jawapan Teka-Teki 1: Siapa pencuri disiang hari?

Orait, sorilah sa baru tau semalam selama ni blog sa tidak buli post comment. Dalam pikiran sa tiada orang masuk blog sa saja jadi tedalah komen ataupun ada orang masuk tapi no komen hehehehe... Okay inilah jawapan kepada teka teki sa. Hehehe...
Orait, sorilah sa baru tau semalam selama ni blog sa tidak buli post comment. Dalam pikiran sa tiada orang masuk blog sa saja jadi tedalah komen ataupun ada orang masuk tapi no komen hehehehe... Okay inilah jawapan kepada teka teki sa. Hehehe...

Cam biasa, klik gambar supaya jadi basar..

Monday, November 3, 2008

Teka Teki 1 : kes rompakan di siang hari..


Orait, kali ini saya mau berikan soalan teka-teki. Sebelum saya teruskan, saya ingin menyatakan dulu disini bahawa kes ini hanyalah rekaan saya semata-mata, tidak ada kaitan antara yang masih hidup ataupun sudah mati. Sebarang persamaan adalah kebetulan.

Berbalik kepada teka-teki saya, sila klik gambar untuk baca dan lihat gambaran kes pertama ini.

Mungkin ramai orang pikir mana ada orang merompak di tengahari, tapi saya buat teka-teki ini kerana banyak kejadian rompakan bukan saja berlaku pada waktu malam, diwaktu siang pun ada. Ini dialami sendiri oleh kawan saya. Ketika tiada orang dirumah, seorang pencuri telah merompak rumahnya. Menurut jirannya, orang itu datang naik kereta, kemudian membuka gate dan pintu pagar menggunakan kunci macam penghuni rumah. Jadi jirannya pun sangka saudara-mara kawan saya. Sampai sekarang penjenayah belum berjaya diberkas.

Kes yang saya paparkan ini tidak adalah kaitan dengan kes kawan saya itu. Cuma saya menggunakan situasi merompak di hari siang saja. Orait, klik gambar untuk lihat imej lebih besar. Selamat meneka.. ^^


Sunday, November 2, 2008

betinju, makanan atau cinta... yang mana mo pilih?



Hatanaka Kosaku adalah seorang peninju yang berbakat tapi balik balik kalah seja sebab tidak dapat jaga berat badan sama suka makanan yang banyak kalori. Satu hari oleh kerana dia sudah terlalu letih senaman dan diet yang melebih-lebih dalam ini cerita, dia sudah jatuh pengsan. Kebetulan ada satu sister limpas dan terjumpa dia. Sekali tengok muka sister wow.... santik babanar teruslah si Kosaku ni jatuh cinta...

Drama ni dalam kategori romantik komedi, bertajuk 'One Pound Gospel'. Mulai disiarkan di rangkaian televisyen NTV (Japan) dari awal bulan Januari sampai bulan March tahun ini (2008). Watak peninju dilakun oleh Kamensahi Kazuya (nama glamer yang di kasi peminat2nya ialah Kame-Chan), salah seorang ahli band KAT-TUN, yang kemudian menjadi pelakun drama. Antara drama dia ialah Gokusen 2, Kindaichi Shonen no Jikembo 2005 , Nobuta Wa Produce, Tatta Hitotsu no Koi dan banyak lagilah drama dia belakun. Dia ni kegilaan remaja.. aku suka dia bawa watak Kindaichi dalam movie, memang menjadi sesuai dengan watak dalam komik... Hehehe..

jelajah tokyo bersama 2 lelaki bujang..

Kisahnya si Fumiya yang belajar dalam jurusan law sudah berutang sampai 800, 000 yen dan tidak sudah dapat mo membayar. Satu hari datang si Fukuhara datang mo kutip utang. Dia kasi tempoh 3 hari tapi si Fumiya tidak juga dapat kumpul duit (gila siapa-siapa pun tidak dapat kumpul begitu banyak dalam 3 hari ooo. Lainlah kalau dia jutawan tapi jutawan buat apa pinjam duit...). Sampai hari ke 3 si Fukuhara datang lagi, tapi ni kali dia bagi pilihan sama si Fumiya bayar hutang atau ikut dia meronda di Tokyo dan dia akan kasi 1,000,000 yen. Of coz la si Fumiya ni ikut mana juga ada option lain. Sepanjang trip ini barulah tau kisah si Fumiya yang ditinggalkan oleh ibu bapa dia dari kicil dan terpaksa berdikari sendiri. Si Fukuhara pula sudah membunuh isterinya dengan tidak sengaja jadi dia bercadang untuk meronda Tokyo untuk mencipta semula kenangan dan sejarah sebelum dia menyerah diri sama polis. Ini adalah sinopsis filem TenTen (Tokyo Sanpo) atau juga dikenali sebagai Adrift in Tokyo. Cerita ni adalah cerita adalah berunsur comedy-drama yang balance dengan lakunan kelas pertama Joe Odagiri dan Tomokazu Miura (aku minat Joe Odagiri.. sejak dia belakun Kamen Rider Kuuga.... ehehehe sudah tua pun tengok kamen??!! Kawan aku la tu yang promote baru lelaki pula tu kawan aku!). Cerita ni boleh kata secara luarannya adalah sebuah movie komedi yang ringan diselit dengan gag yang ketawa sakit perut punya. Tapi kalau ko dapat menghayati cerita ni dengan mendalam (tengok dengan serious ka? tidak payah baa.. kalau rajin pikir mesti tepikir) dapatlah menghayati cerita yang menyentuh hati dan indah. Aww... jiwangnya ayat..

Kamu boleh tonton trailer di official website yang berbahasa Jepang atau tengok saja sini kalau confuse mana button mo takan..


Trailer with English Sub


cinta kertas...?

Kalau di Jepun cinta kertas sudah lebih capai tahap yang lebih advanced lagi. Kalau dunia sibuk-sibuk mo buat petition supaya lelaki buli kawin lelaki, di Jepun satu petition sudah dibuat supaya manusia buli kawin sama karakter 2D. Adeh, telampau meningu katun atau membaca komik... Alasan dorang ialah dorang tidak berminat sama yang 3D. Jadi kalau figurine pamacam? Masih juga ada orang yang mo companion doll tu. Kalau undang-undang supaya buli kawin kertas.. eh silap karakter 2D sudah termaktub kamurang berminat ka? kalau ya siapa? kalau tidak kenapa?

Boleh baca petition dorang di web ini.

Saturday, November 1, 2008

The Convert



Akan ditayangkan pada November ini di Singapore. Malaysia belum tau bila.. Arahan Yasmin Ahmad. This movie sudah dapat beberapa anugerah diluar negara, Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film Award. Cerita ni macam best sampaikan bekas peserta Amazing Race pun tulis memuji cerita ini, yang katanya dapat standing ovation lagi di Japan. So it must be a movie worth watching.

Follow blog Yasmin Ahmad - The Storyteller!

blood and bones



Pada tahun 1923 Kim Shun-Pei berhijrah dari Pulau Cheju, Korea ke Osaka, Jepun dengan harapan untuk mencari rezeki. Tapi biasalah bukan senang hidup di negara orang, dia terpaksa melalui hidup yang susah, kerja berat dan diskriminasi orang Jepun terhadap orang luar. Tapi dengan kekerasan dan sikap kasar, bengis dan ganas dia berjaya juga mengumpul duit dan membuka satu kilang fish cake. Oleh kerana tamak dia jadi 'loan-shark' lagi (ah long la..). Walaupun dia banyak duit tapi dia biarkan kehidupan keluarga dia dalam kesempitan sementara dia membuang-buang duit dia. Akhirnya anak-anak dia membesar dalam kebencian dan membawa pengakhiran cerita yang tragis. Movie ni based on semi-autobiographical novel oleh seorang penulis berbangsa Korea-Jepun, Yang Seok-Il. Cerita ni saya tidak rekemen kepada orang yang tidak suka dengan filem-filem yang ganas dan banyak kekerasan. Kepada peminat Takeshi Kitano (Zatoishi & Battle Royale), ini adalah lakunan terhebat dari dia. Fuh! Rugi kalau nda tengok tapi cerita ni ada sikit heavy la. Joe Odagiri pun belakun dalam filem ni dan dapat anugera pelakun pembantu terbaik (aiyaa Joe Odagiri sudah kawin tapi nda pa la dia pun ada sikit sin-ting!) Orang yang brilliant dalam kepakaran masing-masing ni biasanya ada satu tabiat yang aneh-aneh di pandangan orang... Apa-apa pun buli tingu trailer dan kalau berminat dengan cerita ganas dan berat camni silakan tengok.. Kalau suka beli la dvd copy.. orait! Filem ni keluar pada tahun 2004, sudah 4 tahun lalu la hahaha... ada dalam dua bahasa kalau tidak silap la, bahasa Jepang dan Korea. Oh boleh download trailer, gambar-gambar dan baca sinopsis movie ini di official websitenya.

Juice bukan untuk diminum... tapi untuk ceria..

Baru-baru ni sa terasa mo beli komik baru Ben, saya terjumpa pula komik yang bertajuk Juice salah seorang komik artist di majalah Gempak. Saya ni tidaklah follow sangat majalah ni jadi saya pun tidak berapa tau sangat tentang komiknya, ada baca sikit-sikit jak pinjam majalah orang. Saya ni sentiasa teda duit makan pun kalau ada telur mewah sudah tu sebab buli jadi ketam kekekeke... jadi untuk save duit pinjam majalah orang jak la, itupun selalu yang sudah berbulan-bulan lepas punya issue kalau nda tahun lepas.. Jadi sebab itulah saya tidak tau pun yang Juice sudah buat novel graphic, kalauu kamurang sudah tau lama sorilah ah.. saya baru tau hehehe. Jadi lepas saya beli saya pun tidak sabar-sabar baca, owh tidak ku sangka... selama ini aku ingat dia perempuan tau tau lelaki dan nama penuhnya Norman Noh. Tambah lagi pula dia tu dari Semporna, another fellow Sabahan to be proud of..

Komik Juice ni boleh tahan juga la kelakar, saya paling suka cerita dia Percintaan Bintang Utara. Saya rasa dia ni minat komik North Star Fist.. Lukisannya pun cantik, kalau tidak silap dulu dia belajar di Yayasan Melaka dalam jurusan animasi. Well, marilah kita sama-sama support bakat dia...




Menu 1: mari makan ketam...



Ooo menu pertama ketam rebus... tapi pamacam ketam sudah makan? Ada lagi ka? Apa pula lepas ni? Mau tingu sambungan...??

owwh!! alamak ketam sudah lari......



bukan raja masak tapi raja pingpong... hahahahha. apa lagi pula lepas ni? apa sambungan??

menu ketam ganti ma telur... aik boleh ka?



Owh telur yang murah tapi ada dalam segala masakan... camana mo bikin telur jadi ketam? bah mari tinguk sambungan cara raja masak pelesu bikin ketam pelesu juga..

apa macam mo masak telur jadi ketam?




Nah bagus ni zaman gawat, kalau sudah tiada makanan di rumah kecuali telur.. masih buli lagi bikin ketam ooo nyam nyam.. apa pula rasanya? mo tengok sambungan lagi?

apa kata tetamu tentang menu pertama?



owh sedap sedap....

Jadi kalau sudah tiada apa di rumah telur pun okay. Hmm... teringat esbok yang sudah kosong tu, telur pun abis.. pamacam laitu? tepaksa recycle ais di freezer jadi abc.. tapi teda sirap ma susu, pakai kicap buli ka? kakakakaa.....

kembali ke page pertama..

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP