Saturday, November 1, 2008

blood and bones



Pada tahun 1923 Kim Shun-Pei berhijrah dari Pulau Cheju, Korea ke Osaka, Jepun dengan harapan untuk mencari rezeki. Tapi biasalah bukan senang hidup di negara orang, dia terpaksa melalui hidup yang susah, kerja berat dan diskriminasi orang Jepun terhadap orang luar. Tapi dengan kekerasan dan sikap kasar, bengis dan ganas dia berjaya juga mengumpul duit dan membuka satu kilang fish cake. Oleh kerana tamak dia jadi 'loan-shark' lagi (ah long la..). Walaupun dia banyak duit tapi dia biarkan kehidupan keluarga dia dalam kesempitan sementara dia membuang-buang duit dia. Akhirnya anak-anak dia membesar dalam kebencian dan membawa pengakhiran cerita yang tragis. Movie ni based on semi-autobiographical novel oleh seorang penulis berbangsa Korea-Jepun, Yang Seok-Il. Cerita ni saya tidak rekemen kepada orang yang tidak suka dengan filem-filem yang ganas dan banyak kekerasan. Kepada peminat Takeshi Kitano (Zatoishi & Battle Royale), ini adalah lakunan terhebat dari dia. Fuh! Rugi kalau nda tengok tapi cerita ni ada sikit heavy la. Joe Odagiri pun belakun dalam filem ni dan dapat anugera pelakun pembantu terbaik (aiyaa Joe Odagiri sudah kawin tapi nda pa la dia pun ada sikit sin-ting!) Orang yang brilliant dalam kepakaran masing-masing ni biasanya ada satu tabiat yang aneh-aneh di pandangan orang... Apa-apa pun buli tingu trailer dan kalau berminat dengan cerita ganas dan berat camni silakan tengok.. Kalau suka beli la dvd copy.. orait! Filem ni keluar pada tahun 2004, sudah 4 tahun lalu la hahaha... ada dalam dua bahasa kalau tidak silap la, bahasa Jepang dan Korea. Oh boleh download trailer, gambar-gambar dan baca sinopsis movie ini di official websitenya.

0 comments:

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP