Showing posts with label mari tinguk drama jipun. Show all posts
Showing posts with label mari tinguk drama jipun. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

Bloody Monday



Satu berita tergempar bila sebuah kawasan di Russia, Vladivostok tepaksa ditutup oleh pihak tentera dari berhubung dengan dunia luar. Penduduknya mati serta-merta akibat serangan virus penyakit. Dipercayai virus ini pada mulanya dibangunkan oleh Soviet Union sebagai senjata chemical, tetapi oleh kerana tindak balas virus yang boleh membunuh serta merta dan merebak dengan mudah menyebabkan projek ini dihentikan. Virus ini dipercaya boleh membunuh jutaan manusia dalam masa yang sangat singkat. Virus ini digelar Bloody-X.

Sekumpulan pengganas sedang merancang untuk menyerang Jepun menggunakan virus ini. Takagi Fujimaru seorang remaja belasan tahun yang biasa. Selepas bapanya menghilangkan diri dan dituduh bersubahat dengan pengganas, Takagi berusaha membanteras rancangan pengganas dengan menggunakan kebolehannya sebagai hacker yang dikenali dengan nama Falcon. Satu-satunya klu yang diberikan oleh bapanya ialah... BLOODY MONDAY

Apa macam? Sa sudah tinguk ni drama memang best, tapi belum habis lagi la sebab sekarang pun masih main di tiwi jipun. Ceta ni dijangka tamat bulan disember la nda lama lagi. Ceta drama ni asalnya adalah novel graphic (manga) hasil karya Ryuuman Ryou dan lukisan Megumi Kouji dengan tajuk yang sama. Kalau kamu suka ceta thriller and mystery sa rekemen ceta ni... nda rugi tengok. Smat ooo... ada fight sama Death Note. Ini official website Bloody Monday ni. Orait over and out enjoy...

Thursday, November 6, 2008

Detektif 33 Minit



Orait, time untuk tingu drama pula. Drama yang sa mo introduce kali ni ialah 33pun Tantei. Pelakun utama ceta ni Tsuyoshi Domoto (penyanyi Kinki Kids. 2 beradik tu kalau tidak silap penyanyi kumpulan ni.. sudah lupa sebab kumpulan lama. Kalau kamu suka dengan lagu dragon ball dia la tu yang nyanyi.. lagu drama ni pun dia nyanyi). Kalau dalam drama Jikembo Kindaichi Files, dia bawa watak budak nakal tapi IQ tinggi dan selalu selesaikan kes yang rumit. Tapi dalam ceta ni dia bawa watak seorang detektif yang selalu salah dalam deduction dia, dan menuduh orang dengan tekaan yang nda logik langsung. Ceta ni ceta komedi, kalau bagi sesetengah orang (dan kawan saya yang sangat serious orangnya sampai buat lawak pun dia nda paham), ini ceta buduh atau bikin buduh. Apa pun sa suka juga tingu untuk behibur dan release tension, kalau telampau serious pun nda bagus tau bikin sakit. Cuma jangan la telebih2 ketawa sepanjang masa nanti orang kata gila hehehe... Apa-apa pun silalah menikmati sedutan drama ini dan enjoy... jan lupa ketawa untuk kesihatan ^^

Sunday, November 2, 2008

betinju, makanan atau cinta... yang mana mo pilih?



Hatanaka Kosaku adalah seorang peninju yang berbakat tapi balik balik kalah seja sebab tidak dapat jaga berat badan sama suka makanan yang banyak kalori. Satu hari oleh kerana dia sudah terlalu letih senaman dan diet yang melebih-lebih dalam ini cerita, dia sudah jatuh pengsan. Kebetulan ada satu sister limpas dan terjumpa dia. Sekali tengok muka sister wow.... santik babanar teruslah si Kosaku ni jatuh cinta...

Drama ni dalam kategori romantik komedi, bertajuk 'One Pound Gospel'. Mulai disiarkan di rangkaian televisyen NTV (Japan) dari awal bulan Januari sampai bulan March tahun ini (2008). Watak peninju dilakun oleh Kamensahi Kazuya (nama glamer yang di kasi peminat2nya ialah Kame-Chan), salah seorang ahli band KAT-TUN, yang kemudian menjadi pelakun drama. Antara drama dia ialah Gokusen 2, Kindaichi Shonen no Jikembo 2005 , Nobuta Wa Produce, Tatta Hitotsu no Koi dan banyak lagilah drama dia belakun. Dia ni kegilaan remaja.. aku suka dia bawa watak Kindaichi dalam movie, memang menjadi sesuai dengan watak dalam komik... Hehehe..

jelajah tokyo bersama 2 lelaki bujang..

Kisahnya si Fumiya yang belajar dalam jurusan law sudah berutang sampai 800, 000 yen dan tidak sudah dapat mo membayar. Satu hari datang si Fukuhara datang mo kutip utang. Dia kasi tempoh 3 hari tapi si Fumiya tidak juga dapat kumpul duit (gila siapa-siapa pun tidak dapat kumpul begitu banyak dalam 3 hari ooo. Lainlah kalau dia jutawan tapi jutawan buat apa pinjam duit...). Sampai hari ke 3 si Fukuhara datang lagi, tapi ni kali dia bagi pilihan sama si Fumiya bayar hutang atau ikut dia meronda di Tokyo dan dia akan kasi 1,000,000 yen. Of coz la si Fumiya ni ikut mana juga ada option lain. Sepanjang trip ini barulah tau kisah si Fumiya yang ditinggalkan oleh ibu bapa dia dari kicil dan terpaksa berdikari sendiri. Si Fukuhara pula sudah membunuh isterinya dengan tidak sengaja jadi dia bercadang untuk meronda Tokyo untuk mencipta semula kenangan dan sejarah sebelum dia menyerah diri sama polis. Ini adalah sinopsis filem TenTen (Tokyo Sanpo) atau juga dikenali sebagai Adrift in Tokyo. Cerita ni adalah cerita adalah berunsur comedy-drama yang balance dengan lakunan kelas pertama Joe Odagiri dan Tomokazu Miura (aku minat Joe Odagiri.. sejak dia belakun Kamen Rider Kuuga.... ehehehe sudah tua pun tengok kamen??!! Kawan aku la tu yang promote baru lelaki pula tu kawan aku!). Cerita ni boleh kata secara luarannya adalah sebuah movie komedi yang ringan diselit dengan gag yang ketawa sakit perut punya. Tapi kalau ko dapat menghayati cerita ni dengan mendalam (tengok dengan serious ka? tidak payah baa.. kalau rajin pikir mesti tepikir) dapatlah menghayati cerita yang menyentuh hati dan indah. Aww... jiwangnya ayat..

Kamu boleh tonton trailer di official website yang berbahasa Jepang atau tengok saja sini kalau confuse mana button mo takan..


Trailer with English Sub


Saturday, November 1, 2008

blood and bones



Pada tahun 1923 Kim Shun-Pei berhijrah dari Pulau Cheju, Korea ke Osaka, Jepun dengan harapan untuk mencari rezeki. Tapi biasalah bukan senang hidup di negara orang, dia terpaksa melalui hidup yang susah, kerja berat dan diskriminasi orang Jepun terhadap orang luar. Tapi dengan kekerasan dan sikap kasar, bengis dan ganas dia berjaya juga mengumpul duit dan membuka satu kilang fish cake. Oleh kerana tamak dia jadi 'loan-shark' lagi (ah long la..). Walaupun dia banyak duit tapi dia biarkan kehidupan keluarga dia dalam kesempitan sementara dia membuang-buang duit dia. Akhirnya anak-anak dia membesar dalam kebencian dan membawa pengakhiran cerita yang tragis. Movie ni based on semi-autobiographical novel oleh seorang penulis berbangsa Korea-Jepun, Yang Seok-Il. Cerita ni saya tidak rekemen kepada orang yang tidak suka dengan filem-filem yang ganas dan banyak kekerasan. Kepada peminat Takeshi Kitano (Zatoishi & Battle Royale), ini adalah lakunan terhebat dari dia. Fuh! Rugi kalau nda tengok tapi cerita ni ada sikit heavy la. Joe Odagiri pun belakun dalam filem ni dan dapat anugera pelakun pembantu terbaik (aiyaa Joe Odagiri sudah kawin tapi nda pa la dia pun ada sikit sin-ting!) Orang yang brilliant dalam kepakaran masing-masing ni biasanya ada satu tabiat yang aneh-aneh di pandangan orang... Apa-apa pun buli tingu trailer dan kalau berminat dengan cerita ganas dan berat camni silakan tengok.. Kalau suka beli la dvd copy.. orait! Filem ni keluar pada tahun 2004, sudah 4 tahun lalu la hahaha... ada dalam dua bahasa kalau tidak silap la, bahasa Jepang dan Korea. Oh boleh download trailer, gambar-gambar dan baca sinopsis movie ini di official websitenya.

Menu 1: mari makan ketam...



Ooo menu pertama ketam rebus... tapi pamacam ketam sudah makan? Ada lagi ka? Apa pula lepas ni? Mau tingu sambungan...??

owwh!! alamak ketam sudah lari......



bukan raja masak tapi raja pingpong... hahahahha. apa lagi pula lepas ni? apa sambungan??

menu ketam ganti ma telur... aik boleh ka?



Owh telur yang murah tapi ada dalam segala masakan... camana mo bikin telur jadi ketam? bah mari tinguk sambungan cara raja masak pelesu bikin ketam pelesu juga..

apa macam mo masak telur jadi ketam?




Nah bagus ni zaman gawat, kalau sudah tiada makanan di rumah kecuali telur.. masih buli lagi bikin ketam ooo nyam nyam.. apa pula rasanya? mo tengok sambungan lagi?

apa kata tetamu tentang menu pertama?



owh sedap sedap....

Jadi kalau sudah tiada apa di rumah telur pun okay. Hmm... teringat esbok yang sudah kosong tu, telur pun abis.. pamacam laitu? tepaksa recycle ais di freezer jadi abc.. tapi teda sirap ma susu, pakai kicap buli ka? kakakakaa.....

kembali ke page pertama..

Wednesday, October 29, 2008

7 orang penumpang star cruise menyamar jadi raja masak..



Ini video lama tajuknya God of Cookery, salah satu koleksi sa.. Kisahnya pasal 7 orang penumpang kapal star cruise yang belayar pigi Jepun menyamar menjadi 7 orang raja masak, yang best dorang tu nda la pandai masak. Yang ada restoran pun sudah tutup restorannya.. Diorang ni mulanya memang dipujuk tapi nda mau, tetapi atas sebab-sebab tertentu dorang ni offer diri pigi dapur jadi tukang masak..

Tengok sambungan sedutan episode 1: part 2 | part 3 | part 4

Cerita ni memang best walaupun video kualitinya ada sikit kureng. Cuba la tengok sedutan drama ni dulu..


Thursday, October 23, 2008

Sambungan Mop Girl cutscenes..



Mau tinguk lagi sambungan? hehehhe... part 1 tgk sini

Monday, October 20, 2008

Mop Girl - tukang mop pigi hari kemarin jadi live saver..



emm.. yang di bawah tu ditulis beberapa hari yang lalu, sudah juga ku edit tu video tapi cuman cutscenes jak bah bukan apa-apa (masih juga malas... kwang3x). Kalau ada sikit rajin cutscene kedua nanti akan ku buat XP hehehe..




Ada satu ini cerita Jepun, dia guna idea dari cerita org putih yang buli balik pigi kemarin asal terjumpa mayat untuk selamatkan nyawa. (Entah apa-apa la bah barang structure ayat, jan kamu anak2 kicil ikut aa nanti fail BM ku tidak mau betanggung jawab). Apakah tajuk dia tu.. Lupa plak. Tapi cerita ni tidak la seserius itu cerita urang putih bah, ini memang la kin ketawa punya. Lagipun yang aku paling suka tu actress dia bah cantik cumil. Hehehe.. na kah melalut lain tampat sudah cerita sa ni.

Anyway tajuk ini drama Mop Girl, bukan juga salah translate mimang la tajuknya tu. Cerita penyiasatan campur komedi (memang ku suka cerita begini). Sebenarnya ku ada satu lagi ba web drama review tapi malas sudah ku mo edit video ni sekarang banyak keraja. Lagipun malas mo taip English. Jadi oleh kerana ku malas pemacam kalau kita tinguk sajalah sedutan drama ini? lama-lama siiiiiiiiikit... Tidak juga penuh la (jan la kamu mengharap ya). Mari kita tengok sedutan drama ini dan ketawa sama-sama..

Sedutan Episode ke - 2 (sila tinuk kalau suka pigi kadai beli. macam teda di speedy tapi kadai video kesayangan ku ada pula tu hehehe.. sbb tu ku sayang tu kadai).

Sunday, September 28, 2008

Jikou Keisatsu - polis suka siasat kes yang sudah expired



Ini lakunan Joe Odagiri sebagai polis yang tiada hobi. Satu hari dia decide mo siasat kes yang sudah tutup (tidak berjaya di solve) sebagai hobi. Penolong nya Mikazuki dari department trafik. Aku suka ni drama pasal selalu exaggerate scene jadi kelakar. Tahap misterius biasa saja tapi best bah... Malas mo cerita panjang.. Cuba tengok sendiri enjoy..

Oh kalau kamu pandai cuba jawab teka teki di bawah hahaha..

Saturday, September 27, 2008

Mirai Koshi Meguru - Cikgu Yang Buli Tinguk Masa Depan



Ini lagi fevret aku (ni perempuan aku minat betul..alanji bogia si Kyoko Fukada ni wow~!). Ini drama pasal satu cikgu perempuan yang mengajar di pusat tuisen peringkat sekula rendah. Dia ni selepas kejadian telebih makan (tabarus) dia terus buli nampak masa depan orang jadi apa di masa depan. Sekali dia pi tanya datuk dia rupanya keturunan dia semua ada kebolehan ini. Cerita ni kelakar, aku suka semua watak terutamanya si ero video tu.. bah ta payah bah cerita panjang.. mari tinguuuuuuuuuuuuuuuk~! enjoy ^^




Thursday, June 8, 2006

Macam ni muka 7 raja masak ?! Betul meh?!



mari tengok sambungan seterusnya...

Mulanya episod penyamaran raja masak..



tamat... best ka? kalau best beli dvd / vcd collectionnya.. Haa kepada sesiapa yang tertanya-tanya macamana rupa saya disebalik gambar patung, muka sa sama persis rupa perempuan yang jadi bekas isteri jutawan Hong Kong ni... kalau sa buat pembedahan plastik jadi rupa dia la.. kahkahkahkah...

kembali ke laman pertama..

Tuesday, June 6, 2006

Mari makan nasi goreng..



tengok sambungan seterusnya..

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP