Sunday, October 26, 2008

Jangan ucap "Arigatou" untuk terima kasih...

Kenapa? kenapa? musti ramai yang selalu salah guna perkataan 'arigatou'. Orang kasi hadiah diucap 'arigatou'... orang beri bantuan diucap 'arigatou'. Kepada yang belajar melalui tv atau buku bahasa, kadang-kadang tidak ada penjelasan bila masa sesuai menggunakan perkataan 'arigatou' ni jadi selalu tersilap la..

Sebenarnya adalah amat kurang sopan (biadap) kalau mengucapkan 'arigatou' kepada orang yang anda tidak kenal. Perkataan 'arigatou' biasanya diucap oleh orang yang umurnya lebih tua kepada yang lebih muda, pangkat dalam keluarga misalan pakcik kepada anak saudara, atau pembeli kepada penjual (pembeli kan rajaaaaa...), atau bos kepada amah dan lain-lain. Jadi apa mo cakap? 'Domo arigatou gozaimasu' pula terlalu panjang dan bersopan santun. Kalau tidak kena tempat tidak juga ngam, tidak pula sesuai di ucap kepada rakan-rakan sebaya sebab ia adalah ucapan yang formal, unless diucap oleh pekerja kepada boss, atau mo impress mama mentua yang garang cam Siput Sarawak dalam filem 'Ibu Mertuaku'... aaa boleh la guna 'domo arigatou gozaimasu'.

Jadi kamurang, kalau mo mengucap terima kasih kepada rakan-rakan sebaya atau orang yang anda tidak kenal atau tidak rapat bolehlah ucapkan 'domo' sahaja. Maksudnya juga adalah terima kasih. Ia lebih simple, ringkas dan sesuai di dalam banyak situasi. Tapi macamana mo ucap terima kasih kepada ramai orang? Boleh ucap 'domo' tapi intonasi mesti dipanjangkan sikit macam ini "Ah....Do....Mo...." Alah cam stail urang Sabah la ba, kalau dia bilang "sana" tu tidak jugak la jauh sangat tapi kalau dia bilang "saa......naa....." sudah tu maka jauh la tu betul. Macam gitulah main intonasi. Senang cerita 'domo' ni kalau di Sabah maksudnya 'trimas'. Terima kasih yang nda formal, ada paham? Sekian, terima kasih kerana membaca. Domo~! ^^

2 comments:

Aiso said...

wuik... salah la aku tu?

Mu Rong said...

nda ngam la tu ko sakap arigatou sama ku sebab pangkat ko dalam keluarga lagi tinggi hehehe.. aku yang nda buli cakap arigatou sama ko.

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP